"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday 22 October 2011

Mempunyai 39 isteri dan tinggal sebumbung dalam satu rumah

Ungkapan unik dan luar biasa boleh kita katakan kepada seorang lelaki bernama Ziona Ghana yang tinggal di Baktawng, India kerana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu. Menariknya, kesemua 39 isteri Ziona tinggal sebumbung bersama anak menantu serta cucu di sebuah rumah yang seakan-akan sama dengan bangunan hotel.

Isteri yang paling tua diberi tanggungjawab oleh Ziona untuk mendisiplinkan isteri-isteri yang lebih muda manakala anak-anak pula menjalani persekolahan yang didirikan mereka sendiri berhampiran dengan rumah berkenaan. Bagi menyara keluarga yang besar, Ziona turut memiliki ladang penternakan babi serta menjalankan aktviti bercucuk tanam di sekitar rumah.

Ziona bersama 39 isterinya

Rumah Ziona yang menempatkan keluarga dalam satu bumbung

Bersama isteri, anak menantu dan cucu

Kata Ziona, secara purata untuk menyediakan makan malam bagi semua ahli keluarga, mereka terpaksa menyediakan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras setiap hari bagi jamuan makan malam. Sementara itu, setiap daripada isteri Ziona akan begilir-gilir melakukan kerja rumah seperti memasak dan mengemas laman rumah.

Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda, Rikmini,35 tahun adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.