"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday 25 October 2011

Gambar dan video kejadian gempa di Turki

Pasukan penyelamat pada Isnin meneruskan usaha mencari mangsa gempa bumi dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 217 mangsa di timur Turki dengan ramai lagi yang dijangka masih terperangkap dalam runtuhan banggunan.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan bergegas ke wilayah Van di mana berlakunya gempa bumi berukuran 7.2 magnitud pada Isnin dan memberi maran bahawa jumlah korban mungkin meningkat dengan lebih banyak mangsa dijumpai dalam banggunan yang telah runtuh. Baca selanjutnya DISINI.


Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata 100 orang telah meninggal dunia di bandar Van, 117 di daerah Ercis dengan 1,090 yang lain tercedera dalam bencana gempa bumi yang terburuk di negara ni dalam beberapa tahun.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.