"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Monday 5 September 2011

Rakyat Kelantan "bangga" jalanraya sesak ketika musim perayaan..kata PAS

Selain masalah air yang tiada penghujung penyelesaiannya, isu pembangunan kemudahan jalan raya asas juga dilihat satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan soal kebajikan terhadap rakyatnya sendiri akibat terlalu sibuk berpolitik.


Malahan kerajaan Kelantan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di seluruh negeri terutama pada musim perayaan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata jika mereka gagal menyelesaikannya selepas diberi peluang sejak lebih 21 tahun lepas bermakna mereka akan gagal melakukan perubahan buat selama-lamanya. "Walaupun negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur berlaku kesesakan tetapi mereka ada perubahan dan perancangan untuk menyelesaikannya tetapi tidak di Kelantan," katanya ketika mengulas kesesakan teruk hampir kesemua jalan di Kelantan sebelum dan selepas dua hingga tiga Hari Raya Aidilfitri.

Antara jalan yang paling teruk termasuk jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kota Baharu-Tumpat dan Pasir Puteh-Kota Baharu.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kelantan (JKJR), Mohd Azlisham Abdul Rahman berkata jumlah kenderaan yang pulang berhari raya di Kelantan tahun ini dijangka bertambah secara mendadak dari 60,000 tahun lepas kepada 80,000 orang tahun ini.

Dr Awang yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata terpulang kepada rakyat Kelantan membuat pilihan sama ada mereka mahukan perubahan atau ingin kekal ditahap lama hanya sekadar menunggu rezki datang bergolek.

"Kuncinya terletak di tangan mereka sama ada mahu senang atau susah dan jika mereka mahukan perubahan Umno yang lebih upaya akan melakukankanya jika diberi peluang pada pilihan raya umum ke-13 kelak."

Sementara itu seorang perantau Shariman Abdul Ghani, 38, yang pulang dari Bukit Beruntung, Selangor ke Pasir Puteh berkata beliau terpaksa mengambil masa 12 jam untuk sampai ke kampungnya berbanding tujuh jam hari biasa.

"Kami sekeluarga amat memeritkan terutama apabila sampai di Kuala Krai menuju ke Machang apabila berlaku kesesakan sejauh 20 kilometer,"

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.