"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 1 June 2011

Lagi berita ahli PAS keluar parti...!

Kecewa kerana mendakwa tiada perubahan dilakukan Kerajaan Negeri sepanjang 21 tahun memerintah, seramai 38 ahli dan penyokong Pas cawangan Ladang Setaphonal, dekat sini, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Kumpulan diketuai seorang ahli Pas selama 24 tahun, Stahan Awang menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman pada satu majlis di Taman Sri Nal, di sini, kelmarin.

Stahan, 45, berkata, mereka mengambil keputusan menyertai UMNO kerana inginkan pembaharuan setelah melihat tidak ada perubahan ketara dilakukan kerajaan Pas sepanjang parti itu memerintah negeri ini.

“Selepas 21 tahun Pas memerintah, kehidupan kami di sini masih di takuk lama, malah pemimpin Pas tidak pernah turun padang bertanyakan apa keperluan kami sebagai rakyat dan penyokong setia mereka.

“Mungkin disebabkan kami hanya ahli biasa dan tidak ada jawatan dalam parti, mereka tidak pandang dan hanya mahu sokongan kami bila tiba musim pilihan raya sahaja,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO tersebut.

Pada majlis dihadiri Ketua Penerangan UMNO bahagian, Mohamed Zulkepli Omar dan seorang ahli jawatan kuasa, Nor Yakin Che Ahmad itu, kumpulan terbabit turut berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada UMNO bahagian di bawah kepimpinan Ramzi.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) daerah, Baihaqi Yuddin Deraman dan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Afandi Yusof yang menjadi sebagai penceramah jemputan pada majlis tersebut.

Stahan berkata, keputusan mereka keluar Pas adalah ikhlas dan dibuat dengan fikiran terbuka tanpa ada hasutan daripada mana-mana pihak setelah melihat keprihatinan pucuk pimpinan UMNO serta pemimpin setempat terhadap kebajikan rakyat.

“Sikap cakna pemimpin UMNO terutama Datuk Ramzi yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap masalah rakyat menyedarkan kami bahawa tidak ada parti lain yang dapat memberi kemudahan dan membela nasib rakyat kecuali UMNO.

“Penyertaan dalam UMNO tidak akan terhenti setakat ini sahaja kerana kami berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Ramzi dan membantu UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang termasuk mendaftar lebih ramai ahli baru,” katanya.

Sumber : >SINAR ONLINE<

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.