"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday 5 May 2011

Siapa Kaki Zina dan Kaki Minum Arak??..Kata Anwar

Dengan nada yang bersugguh-sungguh Anwar menyebut beberapa kali layakah seorang kaki zina dan kaki minum arak melakukah sumpah mubahalah bertujuan untuk mengaibkan maruahnya dan juga keluarganya.

Katanya " Layakkah seorang kaki zina dan kaki minum arak untuk melakukan sumpah mubahalah dengan memegang Al Quran?"

"Kalau betul dia (ditujukan kepada Datuk Eskay) ingin melakukan sumpah mubahalah, lebih pergi ke Mekah dan melakukan sumpah di hadapan kaabah".


Itu antara cabaran lapuk yang dibuat oleh Anwar supaya Datuk Eskay melakukan sumpah di hadapan kaabah.

Ketika itu, terdetik di hati aku, siapa sebenarnya yang dilabel kaki zina? Adakah Anwar bukan kaki zina sedangkan sudah terang lagi bersuluh aksi seksnya bersama pelacur cina dalam video klip sebelum ini?Heboh satu dunia menyaksikan aksi seks berkenaan.

Anwar dikatakan selalu mengeluarkan kenyataan ini ketika menyampaikan ceramah-ceramah untuk mempertahankan dirinya yang sudah terpampang pekung dan mungkin tidak dapat ditangkis lagi.

Bagi aku walau sejahat mana sekalipun Datuk Eskay sekurang-kurangya dia dah insaf dan mengku kesilapannya jika nak dibandingkan dengan Anwar yang masih dibutakan mata hati untuk kembali ke pangkal jalan.

Hingga sekarang Anwar masih berdalih untuk melakukan sumpah mubahalah mungkin agaknya dia sendiri berada dalam keadaan tidak cukup syarat untuk berbuat demikian. Maksudnya, mungkin Anwar masih lagi belum suci daripada noda dan dosa bergelumbang dengan maksiat yang dilakukan selama ini.


Sebelum ini, mereka berdua begitu akrab dan Datuk Eskay merupakan salah seorang penyumbang dana kepada Anwar Ibrahim dalam menggerakkan parti Keadilan. Justeru itu, adakah Anwar ketika itu tidak terfikir untuk mempersoalkan moral Datuk Eskay yang baru sekarang ingin di dedahkan.

Jelas sekali, otak auta dan pembelit Anwar telah berjaya mempergunakan banyak ahli perniagaan untuk kepentingan diri dan keluarganya.

Aku dapat merasakan Anwar dan PKR tidak lama lagi akan terus bergolak di mana ada kemungkinn sedikit masa lagi ramai dikalangan pimpinan muda PKR sudah meragui corak perjuangan Anwar Ibrahim beserta konco rapatnya Azmin dan Shamsul Lulusan Lawyer Buruk (LLB).

Nanti aku sunting dan upload video tu untuk rakan seperjuangan..

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.