Sejak akhir-kahir ini banyak kedengaran tentang penyebaran VCD berkaitan dengan video seks Anwar Ibrahim di seluruh negara tidak kira di masjid, di tempat-tempat ceramah, dan juga terbaru di Selayang semasa PAS mengadakan solat hajat dan juga semasa di ceramah PAS di Jelapang, Perak. Baca di blog GAP <DISINI>
Justeru itu, timbul pelbagai andaian terutama sekali dikalangan puak-puak PAS yang menuduh itu semua angkara penyokong-penyokong UMNO yang sengaja berbuat demikian kononnya sudah terdesak. Adakah ini angkara UMNO? Disini rakyat perlu bijak menilai kerana dalam situasi Pakatan Rakyat yang semakin terdesak meraih simpati rakyat, mereka sanggup melakukan apa saja waimah terpaksa mengedar secara sulit VCD seks Anwar ditempat yang strategik
Yang menariknya, sasaran utama 'pengedar haram' ini di lokasi yang sentiasa dikujungi ramai orang seperti di masjid-masjid dan tempat ceramah tidak kira ceramah PAS mahupun anjuran UMNO.
Dalam erti kata lain, adakah PAS sengaja berbuat demikian atas sebab tidak mahu secara terang-terangan mengatakan 'memang anwar dalam video berkenaan' demi menjaga hubungan baik kedua-dua parti itu. Maka terpaksa melakukan dalam keadaan senyap, tambahan pula perlu menjaga 'kewibawaan' Nik Aziz selaku Mursidul Am PAS yang selama ini bermati-matian mempertahankan Anwar bukannya pelaku dalam video tersebut.
Dalam hal ini siapa dikalangan pimpinan dan penyokong yang berani melawan cakap tok guru mereka. Selagi bernyawa, setiap tutur kata dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz dianggap 'keramat' dan perlu dipatuhi oleh semua penyokong PAS di segenap lapisan. Begitu kuat 'baiah' dikalangan pendokong tegar PAS yang begitu taksub kepada Nik Aziz.
Aku melihat PAS sengaja menuding jari kepada UMNO sebagai dalang yang bertanggungjawab mengedarkan VCD berkenaan walhal tidak mustahil itu semua kerja-kerja 'sulit' penyokong-penyokong PAS bagi tujuan mengalih perhatian rakyat bahawa itu semua kerja UMNO. Mungkin strategi ini digunapakai untuk memerangkap UMNO sebagai dalang penyebaran VCD tersebut atas sebab menarik simpati rakyat terhadap perjuangan Anwar Al Juburi.
Apabila rakyat percaya, sudah tentu Pakatan Rakyat cukup senang untuk menarik tangan-tangan rakyat kembali ke jalan raya melakukan demonstrasi haram membantah politik jijik dan sebagainya yang didalangi kerajaan. Ini semua tidak mustahil akan berlaku kerana 'otak temberang' Pakatan Rakyat memang diakui bijak melakukan kerja sedemikian. Ketika itu berarak dijalanraya kerana mereka berjaya mempergunakan rakyat untuk tujuan politik semata-mata.
TENGOK VIDEO INI DIBAWAH...
Oleh kerana begitu taksub mereka sanggup merusuh dengan pasuk keselamatan yang majoritinya beragam Islam. Yang hairannya, nampak sangat 'LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN' dengan imej berserban kononnya kaki sembahyang walhal itu semua kerja Allah yang akan membuat penilaian tentang ibadat kita.....@AJ@
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Tuesday 17 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment