"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Wednesday 11 May 2011

Pendatang asing boleh mengundi di Selangor pada PRU-13..Biar betul..!

Adakah benar wujud dakwaan Mat Sabu Kerapu bahawa Kerajaan merancang akan mendaftar pendatang tanpa izin (PTI) sebagai pengundi di negeri Selangor pada PRU yang datang? Ataupun hanya omong-omong kosong daripada seorang yang hanya ‘gah’ dipentas ceramah dengan naga lagaknya sebagai seorang jaguh kampung yang sentiasa menjadi pujaan para penyokong PAS.

Dakwaan yang dibuat oleh Mat Sabu ini perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan pendatang asing yang akan mengundi di negara ini atau dengan kata lain mereka akan diberi percuma kad pengenalan semata-mata untuk membuang undi. Betul ke dakwaan ini?

Namun, sekiranya dakwaan ini hanya untuk memperbodohkan penyokong PAS , ada kewajarannya kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana sengaja memfitnah kerajaan dengan cara yang tidak berasas. Ini kerana, kerajaan begitu peka mengenai isu-isu yang melibatkan pendatang asing di negara ini tambahan pula dakwaan ini melibatkan soal kepentingan negara.

Dalam pada itu, Mat Sabu mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor sudah berada pada tahap bersedia menghadapi bila-bila masa untuk mengundi. Katanya, rakyat masih kuat menyokong Pakatan Rakyat kononnya telah banyak menunaikan janji-janji dalam pilihanraya yang lalu. Tambahnya, banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Khalid Ibrahim kepada rakyat mencakupi semua aspek termasuk, bantuan kepada pelajar sekolah, orang-orang tua, pendidikan, air percuma kepada rakyat.

Untuk itu, Mat Sabu mendakwa UMNO dan BN tidak mungkin dapat merampas kembali negeri itu daripada Kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU yang akan datang. Justeru, mereka sengaja mendakwa ada perancangan daripada kerajaan untuk mendaftar pendatang asing sebagai pengundi di negeri itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Khalid gagap.
Secara jujurnya, saya melihat dakwaan ini sengaja diada-adakan oleh Mat Sabu semata-mata ingin menutup kelemahan jentera pentadbiran Khalid gagap dalam merencanakan agenda pembangunan rakyat di negeri itu semenjak mengambil alih pemerintahan daripada Kerajaan BN pimpinan DS Dr Khir Toyo. Rata-rata rakyat di negeri itu tidak berpuas hati dengan tahap pemerintahan Khalid gagap yang dilabelkan dengan jolokan negeri ‘berkebajikan’.

Ekoran daripada ketidakpuasan hati rakyat Selangor kepada kerajaan Pakatan Rakyat , mungkin (PR) mereka telah membuat jangkaan awal bahawa negeri itu akan tumbang pada PRU akan datang dan berjaya diambil alih oleh Kerajaan BN. Sebagai senjata terakhir mereka, alasan kekalahan Pakatan Rakyat kepada BN disebabkan ‘WUJUD PENGUNDI-PENGUNDI HANTU’ sepertimana yang didakwa oleh Mat Sabu kerapu.

Pengundi hantu yang dimaksudkan oleh Mat Sabu adalah pendatang-pendatang asing yang kononnya akan didaftar oleh SPR semata-mata untuk mengundi BN atas alasan berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan mereka kad pengenalan secara percuma.

Tenyata memang bijak otak Mat Sabu membuat perancangan awal untuk ‘membelasah kerajaan’ sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU akan datang. Mungkin kebijakan ini disebabkan otaknya yang berjaya ‘dibasuh’ oleh pihak polis semasa dalam tahanan ISA satu ketika dulu.

FAKTA

Lebih 1.92 juta pekerja asing yang sah berada di negara ini sehingga 31 Disember tahun lepas.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, jumlah yang direkod itu adalah berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau berkata, daripada 1,918,146 pekerja asing itu, Indonesia mencatat bilangan paling tinggi iaitu 991,940 orang, diikuti Bangladesh (319,020), Nepal (182,668), Myanmar (139,731) dan India (122,382).
Abu Seman berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Ir. Zamri Yusuf mengenai statistik pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing berpermit ke negara ini pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak mempunyai data yang tepat mengenai bilangan PATI kerana kemasukan golongan itu adalah tidak sah dan tidak direkod oleh mana-mana agensi.

"Bagaimanapun kerajaan menganggarkan pada masa ini terdapat seramai 1.9 juta pendatang tanpa izin iaitu berdasarkan anggaran bagi setiap seorang pekerja asing yang sah terdapat seorang pendatang tanpa izin,” katanya.

Sumber – Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.