"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday 8 May 2011

PDRM : Selangor juara kes buang bayi..!

Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi tertinggi berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Daripada tahun 2005 hingga 2010 menunjukkan daripada 396 kes seluruh Malaysia, Selangor mencatatkan 127 kes pembuangan bayi.

Diikuti Johor sebanyak 104 kes, Sabah 73 kes, Sarawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah pembuangan bayi di Selangor tinggi berbanding negeri lain disebabkan faktor populasi dan jumlah penduduk yang ramai di negeri tersebut.

Bagaimana pun katanya, Kerajaan Negeri komited untuk menurunkan kadar tersebut dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang mengkaji punca dan langkah terbaik menurunkan kadar tersebut.

“Bagi wanita yang sudah terlanjur, bantuan sewajarnya akan dihulurkan bagi meringankan beban dan mengurangkan risiko ke arah pembuangan bayi.

“Pusat perlindungan dan penempatan memainkan peranan utama dalam penyelesaian masalah itu dalam memastikan bayi yang dilahirkan terbela nasibnya,” katanya selepas menutup Siri Jelajah Belia Selangor, semalam.

Katanya, program dan kempen yang dibuat oleh Kerajaan Negeri juga akan diteruskan dari semasa ke semasa agar kesedaran dipertingkatkan.

“Kempen anti-zina dan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mampu memberi perlindungan dan kesedaran kepada wanita khususnya golongan remaja yang mudah terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat seperti pergaulan bebas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menangani isu tersebut secara holistik.

“Salah satunya dengan menubuhkan Rumah Puteri Arafiah untuk memberikan perlindungan kepada remaja perempuan yang terjebak dengan gejala sosial sekali gus mengekang masalah itu di negeri ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.