"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday 10 May 2011

Panas..! Lagi ahli PKR keluar parti di Perak

Episod duka terus menghantui pembangkang di negeri ini apabila saban hari, semakin ramai penyokong dan ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan terbaru, seramai 120 ahli dan jentera pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Rengas nekad berbuat demikian berkuatkuasa hari ini.


Bekas Naib Ketua Cabang PKR Padang Rengas, Megat Mohd Megat Mahidin, berkata tindakan itu diambil kerana mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan parti yang berkepentingan sendiri, ego dan rakus selain tidak mampu membawa perubahan seperti yang dilaungkan iaitu Harapan Baru Untuk Malaysia.

Berita lanjut baca di laman Peraktoday..<< KLIK SINI >>

Satu tamparan hebat kepada Anwarika yang mana semakin hari semakin ramai sudah jemu dan muak dengan perjuangan 'body' yang diperjuangkannya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.