"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday 15 May 2011

Menarik! Nasharuddin Mat Isa tak layak memimpin PAS kata Mat Sabu..

Dengar cerita Mat Sabu 'dijolok' seseorang yang berpergaruh dalam PKR supaya melangkah ke hadapan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat. Memang ternyata hebat juga Mat Sabu setakat ini mendominasi pencalonan daripada setiap kawasan PAS yang sudah bermesyuarat.




Habis calon berwibawa yang lain seperti penyandang Nasharuddin Mat Isa begitu mudah diketepikan oleh Mat Sabu untuk mendahului dengan mudah pencalonan jawatan Timbalan Presiden. Jika nak dibandingkan dengan Nizar Jamaluddin jauh sekali kena tinggal bodoh oleh Mat Sabu. Nizar hanya 'terkenal' dikalangan penyokong PAS Negeri Peraka sahaja di mana beriya-iya mencalonkan namanya untuk jawatan berkenaan. Kalau di negeri lain, Nizar hanya menjadi nama sindiran sahaja khususnya di Kelantan dan Terengganu.

Siapa yang menaja Mat Sabu? Ini yang menjadi tanda tanya dikalangan ahli penyokong PAS sendiri sehingga boleh mengatasi Nasharuddin dengan begitu jauh sekali. Ternyata PAS. lebih suka kepada pemimpin yang agresif seperti Mat Sabu berbanding dengan Nasharuddin yang lebih terbuka dan bersifat liberal.

Ada kedengaran, pemilihan Mat Sabu berdasarkan keberanian dia ketika menganjurkan banyak demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat sebagai contoh ketika demonstrasi BERSIH pada tahun 2008 yang lepas. Ketika itu, Mat Sabu agak berani ke hadapan berbanding dengan Nasharuddin hingga membawa kepada penangkapan oleh pihak polis.

Kenapa PKR begitu teruja apabila Mat Sabu dicalonkan jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat? Mungkin ini staategi PKR untuk memperkudakan Parti PAS yang selama ini agak sukar di bawah pimpinan Nasharuddin. Jika ianya beralih arah kepada Mat Sabu, mungkin akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk terus memperhambakan PAS sebagai parti altenatif..................AJ

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.