"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 6 May 2011

Macam Api Dalam Sekam, Dasar DAP Banjingan..!!!


DAP boleh diibaratkan 'Api Dalam Sekam' sebagai jaguh perkauman di negara ini. Tujuan utama mereka hanya untuk melaga-lagakan kaum di negara ini terutama sekali orang-orang Melayu supaya berpecah belah. Begitu juga serangan mereka kepada kaum India supaya benci kepada kerajaan. Memang dasar banjingan mulut manis berbicara sedangkan apa yang tersirat berlainan rupa penuh dengan muslihat.

Dalam isu novel 'Interlok', niat mereka yang tersirat tidak lain dan tidak bukan sengaja ingin mencetuskan perasaan benci kaum India kepada kerajaan. Terbaru di Pulau Pinang, arahan kerajaan negeri melalui Ketua Menterinya Lim Guang Papa Kedana supaya mengharamkan novel 'Interlok' di semua perpustakaan awam di negeri itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia...:

PULAU PINANG 5 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak 'mengharamkan' novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain daripada diletakkan di ruang buku teks di semua perpustakaan awam di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata, novel berkenaan sebaliknya akan ditempatkan di ruang biasa kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf ia sebagai buku teks.

Jelas beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang diadakan semalam selepas mendapati buku berkenaan menghina rakyat negara ini termasuk kaum Melayu, Cina dan India.

"Kami (kerajaan DAP Pulau Pinang) bukan mengharamkan novel tersebut tetapi hanya tidak meletakkannya di ruang buku teks di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

"Novel ini tidak patut terus digunakan sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk murid tingkatan lima. Ia hanya akan memecahkan perpaduan rakyat," katanya menjawab soalan lisan berkaitan novel Interlok yang dibangkitkan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah antara Rayer dengan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) apabila beliau mendakwa novel tersebut menyebabkan berlakunya keadaan tidak harmoni dan saling hina-menghina di kalangan rakyat.

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) dan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bangun menjelaskan bahawa ia merupakan fakta sejarah dan rakyat sudah mampu membuat penilaian terbaik mengenainya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.