"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 6 May 2011

Laknat Terbaru Untuk Parti PKR...Mesti Baca..!

Perbalahan Pakatan Rakyat di Sarawak semakin parah apabila DAP hari ini melabelkan PKR sebagai “lapar kuasa” kerana menolak kabinet bayangan yang ditubuhkan pada 1 Mei lalu pada mesyuarat majlis gabungan itu.

"Biro politik (kebangsaan) PKR (pada 4 Mei lalu) menimbulkan bantahan terhadap senarai kabinet bayangan atas dasar portfolio yang serahkan kepada mereka adalah kurang penting.

"Tidak ada asas bagi bantahan itu,” kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng (bawah).


"Oleh kerana ia hanya kabinet bayangan, maka tidak ada portfolio yang kanan ataupun kurang penting atau lebih penting.

"Ini hanya membuktikan bahawa seseorang dalam biro politik PKR adalah lapar kuasa tanpa (memahami) maksud atau fungsi sebenar kabinet bayangan...,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini.

Memandangkan perkembangan ini, katanya lebih baik bagi PKR Sarawak diberikan beberapa bentuk kuasa autonomi daripada kepemimpinan pusat mereka.

Biro politik PKR itu, kata Wong membuat keputusan tanpa mengetahui “fakta sepenuhnya” mengenai apa yang berlaku pada mesyuarat 1 Mei di Kuching lalu.

Sambil menafikan kenyataan daripada ketua PKR Sarawak Baru Bian semalam yang mendakwa “tidak ada perbincangan dan rundingan” sebelum senarai berkenaan diumumkan selepas mesyuarat 1 Mei, Wong berkata Baru dengan jelas menghantar tiga perwakilan ke mesyuarat berkenaan.

"Dalam SMS kepada saya, Baru berkata beliau terlupa mengenai mesyuarat itu. Justeru, beliau menghantar naib presiden kebangsaan PKR, anggota jawatankuasa negeri PKR Ibi Uding dan (pembantu baru) Vernon Kedit untuk menghadirinya.

"Wakil PKR membincangkan senarai kabinet bayangan itu dan membuat beberapa pindaan sebelum ia diumumkan pada sidang (akhbar) bersama,” kata Wong.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.