"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday 17 May 2011

Kelantan : Rakyat kena penyakit, pemimpin PAS 'sihat' selamanya...!

Sumber : <BERITA HARIAN>

KUALA KRAI: Selama 23 tahun penduduk Kampung Jeram Panjang dan Sungai Sam Luar Mukim Manjor di sini, terpaksa menggunakan tadahan air bukit bagi keperluan seharian berikutan tiadanya bekalan air bersih ke kampung itu.

Bagaimanapun, mereka kini menghadapi satu lagi masalah baru apabila tadahan air bukit itu kini terdedah dengan pencemaran berikutan pembukaan Ladang Rakyat di kawasan berhampiran kampung itu.

Kini lebih 200 penduduk di dua kampung berkenaan terpaksa menadah air hujan dengan membuat satu kolah besar di setiap rumah bagi mendapatkan bekalan air.

Keadaan berkenaan amat menyusahkan penduduk yang menyebabkan mereka mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan bekalan air bersih untuk kampung berkenaan.

Penduduk, Abdullah Hussain, 38 (gambar di bawah)  mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan kemudahan air bersih sebagaimana yang disuarakan dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Beliau berkata, penduduk di kampung pedalaman sejak kebelakangan ini berdepan dengan pelbagai masalah terutama keperluan air bersih kerana kawasan tadahan air bukit yang digunakan selama ini kerap tercemar dengan kegiatan pembukaan Ladang Rakyat.

Malah, katanya, pemimpin kerajaan negeri tidak pernah menjenguk kesusahan penduduk kampung terutama bagi memberi pembelaan terhadap masalah yang dihadapi itu.

Mohamad Deris, 63, pula membidas sikap pemimpin kerajaan negeri yang hanya tahu berceramah, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib hidup rakyat terutama yang tinggal di luar bandar.

Beliau berkata, sepanjang dia tinggal di Kampung Sungai Sam Luar sejak 30 tahun lalu belum ada pemimpin tertinggi kerajaan negeri datang menjenguknya dan hanya melaungkan janji berbuat demikian semasa pilihan raya umum saja.

“Pemimpin terbabit sepatutnya turun melihat sendiri kesusahan rakyat menikmati kemudahan asas khususnya keperluan air bersih kerana penduduk berdepan risiko pelbagai penyakit disebabkan menggunakan air hujan dan tadahan bukit yang kotor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.