Memang benar parti PAS sudah jauh tergelincir dan sesat dibawa arus nafsu kuasa politik. Taksubnya juak-juak penyokong PAS kepada pemimpin mereka terutama dua yang bergelar 'tok guru' memang tidak berbelah bahagi. Mereka sedikitpun tidak rasa curiga terhadap kebaikan DAP yang menjadi pakatan mereka. Malah, asyik menuduh sesiapa yang menyerang pakatan PAS samada DAP mahupun PKR sebagai satu fitnah yang tidak berasas. Kenapa sedikit pun dihati pemimpin-pemimpin PAS tidak ada perasaan sayang kepada bangsa-bangsa Melayu yang sealiran darah dengan mereka.
Kenyataan terbaru Hj Hadi menyifatkan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia mengenai isu 'negara kristian' sebagai tidak beramanah dan segaja ingin mencetuskan ketegangan kaum. Malah, UMNO yang dikatakan bersekongkol dengan Utusan Malaysia dikecam oleh Hj Hadi tanpa ada musyawarah sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
Seharusnya Hj Hadi tidak perlu 'gelojoh' mempertahankan DAP kerana isu ini melibatkan kepentingan agama Islam yang dianuti sekian lama di negara kita yang mana berada di tempat yag tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak ataupun penganut agama lain.
Kata Hj Hadi, "laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.
"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya.
Apakah kuasa Hj Hadi dan pakatan DAP lebih daripada kuasa Yang Dipertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu di negara ini? Ini persoalan yang perlu diperjelaskan kepada rakyat secara ilmiah bukannya membuat tuli menjadi duri dalam daging kepada bangsa Melayu.
Mereka seharusnya sedar, walaupun pembangkang atau DAP memperolehi dua pertiga majoriti untuk memerintah, dan diluluskan di peringkat parlimen, pindaan itu perlu melalui proses terakhir iaitu mendapat perkenan dan kelulusan bertulis daripada Yang Dipertuan Agong.
Justeru itu, pihak berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu lebih proaktif menyiasat dari semua sudut agenda semasa pertemuan paderi-paderi Se-Malaysia samada benar wujud dakwaan seperti yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia dan dua blog sebelum ini.
Sekiranya ada kebenaran, tindakan tegas perlu diambil mengikut mana-mana peruntukan yang bersesuaian termasuklah mengguna pakai undang-undang ISA yang didokong negara kita bagi mencegah anasir jahat yang menggagu gugat keselamatan negara.
Walaupun mereka menafikannya, seharusnya ada perasaan curiga atau was- was berhubung perkara ini kerana ada pepatah mengatakan ' siapa nak mengaku kalau berak ditepi jalan' atau ' baling batu sembunyi tangan'. Bahkah usaha halus bertujuan melaga-lagakan perpaduan kaum dan dan perpaduan bangsa Melayu di negara ini dilihat berkesan dan berjaya . Namun, agak sedih kerana masih ada bangsa Melayu yang masih 'buat-buat tidak tahu' tentang perkara ini disebabkan faktor kuasa politik.
Sepatutnya perlu ada ruang disini tanpa mengira fahaman politik demi memastikan 'kekebalan' agama Islam terus diperlihara bersama sekaligus memastikan tidak lagi wujud sebarang anasir yang ingin menggangu gugat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
No comments:
Post a Comment