Gesaan Nik Aziz supaya Melayu meninggalkan UMNO sudah cukup membuktikan parti itu kian terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat. Dewasa ini, PAS sedang merancang pelbagai strategi untuk menarik kembali sokongan kerana rakyat sudah 'jelek' dengan corak kepimpinan parti itu yang semakin hari semakin menjadi 'balaci' kepada DAP.
Dalam masa yang sama turut mempelawa ulamak-ulamak muda supaya menyokong perjuangan parti yang tidak menentu hala tuju. Jika sebelum ini PAS agak selesa dengan trend sokongan golongan muda namun sejak akhir-akhir ini, PAS memang ketara menampakkan kebodohan mereka disebabkan ramai golongan muda khususunya di kawasan Bandar sudah muak dengan perjuangan PAS.
Jika DAP dan PKR ternyata sudah melakukan kesilapan, PAS tetap akan mempertahankannya habis-habisan. Contoh terbaru dalam isu Negara kristian, PAS masih berdegil dan gelojoh membuat kenyataan menuduh itu semua konspirasi jahat UMNO yang sengaja mencetuskan sentimen kebencian agama dikalangan rakyat yang pelbagai agama di Negara ini.
Dalam dia (PAS) asyik mempertahan dan membela DAP haprak, mereka tidak sedar banyak perkara yang tidak pernah diceritakan kepada PAS dan hanya diketahui oleh DAP dan PKR sahaja. PAS langsung tidak diajak berunding sedangkan mereka dalam pakatan kerana mereka tahu jika PAS turut serta, segala perancangan sulit DAP dan PKR tidak akan dipersetujui oleh PAS. Keadaan ini tidak disukai oleh DAP dan PKR kerana mereka tahu bahawa PAS adalah rakan pakatan mereka yang paling ‘ istimewa ‘ untuk mempengaruhi sokongan orang-orang Melayu supaya berpihak kepada pembangkang.
Adakah Nik Aziz, Hj Hadi dan lain-lain pimpinan tersohor PAS terlepas pandang akan hal ini? Ataupun mereka sengaja membiarkan parti PAS diperkuda oleh DAP dan PKR semata-mata ingin membalas dendam kepada UMNO. Saya merasakan, mungkin mereka tidak tahu mengenai perkara ini kerana DAP dan PKR begitu bijak dalam membuat perancangan untuk mempergunakan parti PAS.
Manakala dalam isu dakwaan Negara kristian oleh bloger ‘Anjing Besar kepala banggang’, PAS terus menuduh itu semua konspirasi jahat yang dicanang oleh UMNO tanpa menyiasat. Sepatutnya PAS menyiasat terlebih dahulu dakwaan berkenaan. Siapa anjing besar ini? Berapakah jumlah bayaran yang diterima untuk membawa berita propaganda bertujuan mencetuskan sentimen agama di Negara ini? Mungkin puluhan ribu ringgit menjadi imbuhan untuk anjing gila ini memuatkan berita sensitif itu ke dalam blog.
Terbaru, semasa ceramah umum pada 7 Mei 2011 yang dianjurkan oleh DAP Kawasan Lumut di Dewan Bee King, Sitiawan, Perak, seorang pun penceramah tidak dijemput hadir ke majlis berkenaan. Yang hadir hanya dikalangan penceramah DAP dan PKR sahaja antaranya, Ngeh Ko Ham, Sivakumar, Chong Eng, Wallet Yong Wui, Nga Kor Ming. Kenapa penceramah PAS tidak dijemput ke majlis ini? Mungkin DAP dan PKR merasakan bahawa PAS tidak perlu dijemput kerana ada beberapa perkara yang tidak perlu diberitahu kepada parti PAS.
Yang menariknya, Mahfuz Omar sebelum ini kelihatan amat gelisah untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang hubungan baik antara Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR. Kononnya dalam pakatan tidak ada perkara yang disembunyikan antara satu sama lain kerana asas perjuangan semata-mata untuk menawan Putrajaya. Tetapi kenapa pendirian PAS berbeza dengan apa yang dilakukan oleh DAP dan PKR ketika menganjurkan ceramah berkenaan yang mana penceramah PAS langsung tidak dijemput sedangkan program itu diadakan atas tiket Pakatan Rakyat.
Jelas sekali PAS begitu taksub dan telah diperbodohkan oleh DAP dan PKR atas sebab keegoian diri mereka sendiri. Malah, PAS juga pandai menabur gula-gula pedas kepada rakyat bahawa parti itu sebenarnya yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu di negara ini.
Kata-kata amanat Nik Aziz yang telah memakan dirinya sendiri…..
HIDUP PAKATAN RAKYAT..! HIDUP DAP..! HIDUP PKR…! AKHIRNYA AKU KENA KUDA DENGAN MEREKA…
No comments:
Post a Comment