"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday 3 May 2011

Hari Amarah Tanda Kemuncak PAS Dipengaruhi Nafsu Amarah Syaitan..!

Pada 6 Mei 2011 selepas solat Jumaat, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dengar cerita nak adakan Hari Amarah Semalaysia untuk menggantikan Parti PAS Semalaysia yang sudah jelas berkawan dengan golongan syaitan dan iblis di negara ini.

Mana tidaknya, nampaknya satu demi satu cadangan terkutuk dicetuskan oleh puak-puak pembangkang hari ini untuk mempertahankan seorang yang dianggap bersih tetapi penuh dengan noda dan dosa bukan saja kepada Allah SWT tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

Sepatutnya mereka tukar hari marah itu kepada ucapan takziah kepada parti Anwar dan konconya yang berjaya dibongkarkan penyelewengannya yang selama ini asyik berbicara manis menipu rakyat.

Rasanya sudah sampai masanya yang ditunggu-tunggu hasil daripada sumpah laknat yang dibuat oleh Eskay kerana dalam sejarah satu hari yang dinamakan Hari Marah. Tetapi berita ini khusus kepada mereka yang ada kepentingan politik seperti PAS dan PKR serta DAP haprak. Tetapi jangan lupa, pihak keselamatan juga sudah bersedia dalam apa jua keadaan untuk melaksanakan tugasnya.

Inilah seruan yang dibuat oleh Mohd Azmi yang telah dirasuk iblis untuk menjadikan rakyat Malaysia seorang yang pemarah....:

Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.


"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.

"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.