"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday 6 May 2011

Demo Amarah..! PAS Perlu Kembali "Bermujahadah"

Salam..syukur alhamdulillah segala puji bagi-Mu Ya Allah yang maha berkuasa dan maha segala-galanya bukannya manusia seperti kita yang hanya hamba kerdil menumpang teduh di bumi ciptaan-Nya sementara menunggu penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Kalau dah nama perhimpunan 'Amarah Semalaysia' sudah tentu dimurkai oleh Allah SWT langsung tidak mendapat syafaat dan keberkatan.


Akhirnya majoriti rakyat di kawasan-kawasan bandar sudah sedar betapa penipunya parti PKR yang selama ini bijak berlakon dan bersandiwara kononnya adil kepada rakyat.

Kalau diikutkan kepada hebahan yang dibuat, lebih daripada 70 NGO's akan terlibat dalam perhimpunan di perkarangan masjid negara selepas selesai solat Jumaat hari ini. Namun, apakan daya yang menyertai perhimpunan itu boleh dibilang dengan jari. Syabas kepada rakyat Malaysia khususnya di sekitar ibu kota yang sudah mula kendur kepada perjuangan Parti PKR yang mana lidahnya bercabang infiniti.

Berdoalah sejuta kali kalipun kalau tidak mendapat barakah dan keizinanNya tidak akan jadi dan berhasil apa yang kita hajati. Ini kerana ianya berbalik kepada sejauh mana keihklasan dan niat suci kita untuk memohon pertolongan Allah di atas sesuatu perkara.

Dalam isu ini, sudah jelas niat mereka berkumpul semata-mata untuk mempertahankan seorang insan yang memperjuangkan parti dengan cara yang paling jijik di negara ini. Tanda kemurkaan Allah sudah jelas..amien

Selanjuntya baca di blog pisau.net << KLIK SINI >>

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.