"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday 8 May 2011

Benarkah Perkara 3 (1) – Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan akan 'dicabar' Khatolik Kristian?



Pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan beberapa blog mengenai satu penganjuran majlis ikrar katholik oleh DAP yang diketuai Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong agak mengejutkan aku dan beberapa rakan melayu ketika bersantai minum kopi petang tadi.

Memang bijak percaturan 'halus' DAP di negara yang secara mutlaknya mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi yang perlu dihormati oleh penganut lain dan sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

FAKTA

Islam adalah Agama Persekutuan

“Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. (Perlembagaan Persekutuan)

Jika berjaya misi DAP kali ini, apa pula agaknya jawapan dua tok guru dalam PAS yer? Mungkin mereka pun perlu ikut sekali masuk ke gereja-gereja untuk menghormati penganut katholik ketika itu sambil terkial-kial.

Mungkin DAP juga ada perancangan tersusun rapi untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi di negara ini satu hari nanti bilamana mereka berjaya dengan majoriti untuk memerintah Malaysia.

Amalan ikrar ini bukannya perkara main-main kerana ianya satu bai'ah kepada mana-mana pengiikut agama tersebut bagi menyatakan pendirian yang tidak berbelah bagi samalah juga sepertimana bai'ah yang dibuat oleh penyokong-penyokong PAS kepada perjuangan parti mereka satu ketika dulu.

Untuk selanjutnya baca << DISINI >> atau << DISINI >>

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.