Anwar kata kerajaan jijik kerana menggunakan mahkamah untuk kepentingan politik..!!!. Bagi aku ini semua perkara biasa bagi Anwar. Bukan setakat mahkamah je yang tak betul di Malaysia ini bagi Pakatan Haram Pembangkang. Antara lain banyak lagi yang dilabelkan pengampu kerajaan oleh Anwar dan puak puakanya.
1. Kalau harga barang naik, Pakatan perosak kata kerajaan sengaja memberi beban kepada rakyat. Tak kira samada harga minyak, barang keperluan asas terbaru seperti harga gula dan ura-ura kenaikan minyak petrol ron95. Jika dikedai kopi dan restoran, purata penggunaan sekilo gula boleh dijadikan 20 gelas air kerana majoriti rakyat mengurangkan kadar gula dalam minuman. Justeru, dengan kenaikan 20 sen, adakah peniaga masih rugi dapat menyediakan 20 cawan air kepada pelanggan untuk sekilogram gula?.
2. Kalau polis tembak penjenayah, Pakataan kata ianya tidak berasaskan kepada undang-undang dan tidak memberi pembelaan sedangkan sudah nyata penjenayah terbabit telah mengancam pihak polis. Namun bila polis mati ditangan penjenayah, apa pula kata mereka, hmm polis tidak bertindak secara profesional yang akhirnya cedera dan mati katak tanpa pembelaan.
3. Waktu pilihanraya, jika kerusi yang dipertandingkan oleh pembangkang tewas, alasan mereka wujud pengundi hantu malah SPR juga dikatakan bersekongkol dengan kerajaan. Walhal hakikatnya rakyat benci dan menolak politik sempit yang didokong oleh pembangkang. Suka menyalahkan orang lain atas sebab kelemahan diri mereka sendiri.
4. Jika Perdana Menteri ke luar negara seperti yang terbaru ke Amerika untuk mewujudkan mewujudkan hubungan erat antara kedua-dua negara khusunya dalam ekonomi. Terdengar suara-suara sumbang dari kalangan pembangkang bahawa kehadiran Najib ke sana dengan pelbagai alasan. Tetapi jika Anwar Ibrahim ke luar negara terbaru ke Indonesia, mereka senyap dan tidak berkata apa-apa walhal rakyat tahu apa tujuan Anwar ke sana.
5. Jika kereta rosak akibat tidak diselenggara baik, Anwar dan PKR menuding jari kepada UMNO yang sengaja ingin sabotaj termasuk juga SMS yang diterima oleh Nurul mengenai ugutan bunuh terhadap anaknya. Pendek kata semuanya angkara UMNO jika sesuatu yang buruk berlaku ke atas keluarga Anwar. UMNO..UMNO..UMNO..!. Nasibla UMNO dan kerajaan yang menjadi mangsa keadaan oleh sebab tangan-tangan jahat Anwar dan kumpulan fanatiknya.
Jika nak dihuraikan, masih banyak lagi perkara-perkara yang sentiasa tidak memuaskan hati Pakatan Anwar Ibrahim. Pendek kata, JIKA SESUATU KEPUTUSAN ITU MEMBERI KELEBIHAN KEPADA KERAJAAN, MEREKA TIDAK AKAN BERPUAS HATI DAN SENGAJA MNCIPTA PELBAGAI ALASAN SEMATA-MATA UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT.
Justeru, apa yang diungkapkan ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada rakyat yang masih keliru dengan perjuangan belit yang dibawa oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya.....
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Tuesday 17 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment