"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday 14 May 2011

Ada ketikanya pemimpin UMNO perlu bersedia ditegur...

Salam perjuangan........

Saya mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun UMNO yang ke-65 khususnya kepada DS Najib Tun Razak selaku Presiden dan juga seluruh warganya. Sambutan hari ulang tahun UMNO yang ke -65 menandakan usia parti keramat orang Melayu ini sudah begitu lama bertapak di bumi bertuah Malaysia. Malah, parti ini juga dilihat signifikan dalam menjaga kepentingan orang-orang Melayu berbanding dengan parti-parti lain seperti PAS dan PKR yang masih dalam kebuntuan mencari hala tuju untuk dimartabatkan sebagai parti keramat.

Namun dalam usia yang sebegini, persoalan yang ingin saya kupas secara ringkas adakah UMNO masih relevan untuk didokong oleh orang-orang Melayu sepertimana yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang terdahulu?

Jika diumpamakan kepada manusia, usia 65 tahun sebenarnya berada pada usia warga emas yang berada di penghujung usia menunggu saat-saat seruan Malikil Maut untuk dicabutkan nyawa menuju ke alam yang kekal abadi. Ini hanyalah perumpamaan semata-mata langusng tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Justeru itu, adakah pemimpin-pemimpin UMNO hari ini terfikir sejenak, bagaimana tahap sumbangan mereka kepada rakyat khususnya yang berada di 'grass root' yang masih banyak memerlukan sumbangan terutama sekali prasarana pembangunan. Adakah pemimpin UMNO sudah berpuas hati dengan perkhidmatan mereka selaku Wakil Rakyat yang dipilih setiap kali pilihanraya diadakan.

Kita sering dipertontonkan setiap kali menjelang pilihanraya khususnya Pilihanraya Umum, masalah perebutan calon dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO menjadi perkara pokok. Kenapa ini berlaku?. Saf-saf mula dibentuk ketika itu kebiasannya dari kalangan Ketua Bahagian, Timbalan dan juga Naib Ketua Bahagian. Malah mewujudkan percakaran dikalangan pimpinan UMNO sendiri semata-mata ingin dinobatkan sebagai calon di sesuatu kawasan pilihanraya.

Adakah ini menjadi tradisi dikalangan pemimpin UMNO generasi baru?. Mana tidaknya, kerana apabila dipilih menjadi Wakil Rakyat, banyak kelebihan yang sedang menanti mereka kelak. Meskipun begitu, senario ini tidak menggambarkan keseluruhan pimpinan UMNO tetapi ralatnya memang masih wujud. Asas perjuangan mereka tidak sekental pemimpin terdahulu kerana perbezaan geopolitik yang menyaksikan pejuang UMNO terdahulu berjuang atas dasar parti. Keadaan ini berbeza dalam konteks perjuangan UMNO sekarang yang kebanyakannya meletakkan imbuhan dan populariti sebagai teras perjuangan.

Sebagai contoh, dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu, trend sokongan rakyat Sarawak dilihat begitu menonjol untuk memihak kepada pembangkang? Kenapa ini berlaku? Saya fikir, barisan kepimpinan Perdana Menteri selaku Presiden BN sudahpun melakukan 'post mortem' yang menyeluruh mengenai trend sokongan pengundi Cina di kawasan bandar yang tidak lagi memilih BN sebagai calon pilihan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain di luar bandar walaupun PAS mengalami kekalahan, pimpinan parti jangan lupa bahawa mereka (PAS) tetap mendapat 'undi keramat' daripada rakyat Sarawak cuma kemenangan BN hanya bergantung kepada majoriti semata-mata. Perubahan iklim politik di bumi Sarawak seharusnya menjadi penanda aras kepada Kerajaan bahawa sejauh manakah sumbangan Wakil Rakyat sebelum ini menjalankan amanah mereka untuk memberi perhatian kepada masalah yang diutarakan oleh rakyat.

Sementara itu, saya melihat percakaran yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO di peringkat bahagian memberi impilikasi kepada trend sokongan rakyat kepada kerajaan. Rata-rata hari ini, rakyat telah 'disogok' dengan penyelewengan fakta daripada pihak pembangkang yang sekaligus dipegang bulat-bulat tanpa asas dan menyelidik kebenarannya. Sepatutnya, saf kepimpinan memikirkan bagaiamana untuk menyerang balas dan menangkis 'berita palsu' yang disebarkan oleh pembangkang.

Malah, perancangan untuk mengadakan program-program menarik kembali sokongan rakyat dilihat agak lesu untuk memperbaiki momentum sokongan rakyat kepada kerajaan. Adakah pimpinan UMNO merasakan diri mereka sudah selamat dengan hanya melaksanakan projek-projek kecil di kawasan masing-masing. Oh belum tentu sebab kebijaksanaan pembangkang dalam membawa agenda belit mereka tidak boleh dipertikai sama sekali. Pembangkang hari ini begitu bijak mengeksploitasi sesuatu isu yang akhirnya berjaya mengaburi mata rakyat.

Hari ini kerajaan BN pimpinan parti keramat majoritinya UMNO agak bernasib baik kerana banyak pihak yang turut membantu menagkis dakyah dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang. Samada secara maya seperti blogers-blogers mahupun secara nyata seperti media cetak dan elektronik. Jika tidak, UMNO sudah pasti akan dibelit habis-habisan oleh pembangkang dan mungkin tidak terdaya lagi untuk meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu.

Saya bermohon maaf kiranya artikel ini mengundang perasaan kurang senang dikalangan warga UMNO khususunya kepada pucuk pimpinan yang diterajui oleh Presiden parti, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Adakala kita alpa dengan kerancakan duniawi dan seharusnya sekali sekala menoleh ke belakang dari mana asalnya kita. Sama seperti sata insan kerdil ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan khilaf di dunia fana ini.

Ianya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memastikan UMNO terus relevan sebagai parti keramat yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu di negara ini, dahulu, kini dan selamanya.

Wasalam...@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.