Saya muatkan muka depan akhbar Utusan Malaysia dan Harakah untuk tontonan pembaca supaya dapat menilai secara rasional menggunakan akal fikiran yang waras anugerah Allah bagi menentukan lidah rasmi yang manakah lebih jahat???
Gambar muka depana akhbar Utusan Malaysia..
Akhbar Utusan Malaysia (25 April 2011) memuatkan berita di muka depan dengan menyiarkan kejayaan pihak Polis menumpaskan sindiket judi terbesar di Pulau Pinang yang melibatkan pertaruhan sehingga jutaan ringgit. Adakah ini dikatakan jahat oleh erdogan lahanat yang tidak menggunakan otak untuk menilai?
Jika di negeri lain sekalipun, saya percaya Utusan Malaysia akan melakukan perkara yang sama bertujuan untuk memberitahu rakyat tentang kegiatan jenayah bersindiket yang berjaya dibendung oleh pihak berkuasa.
Gambar akhbar Harakah..
Cuba saudara teliti betul-betul apa perkataan yang tertera pada muka depan akhbar Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS dan Pakatan Pembangkang? Malaysia Gagal...! dengan tulisan besar dan dimuatkan beberapa artikel mengenai konsep 1 Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri.
Adakah Malaysia gagal dalam ekonomi?? Untuk makluman laporan ekonomi hari ini dalam sejarah menyatakan kedudukan nilai mata wang negara berjaya pada kadar RM2.90 berbanding dengan dollar US1 pencapaian terbaik sejak kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 1998.
Cuba renung sejenak apa yang berlaku di negara luar, samada di Timur Tengah, di Iraq, Afghanistan, Palestin, Pakistan, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman, Thailand , Filipina, sehingga kini tiada jalan perdamaian yang akhirnya merugikan rakyat negara itu sendiri.
Belajar erti bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
@aj@
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment