"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Sunday, 24 April 2011

'Starategi Sulit' DAP Yang Membelakangi Parti PAS..!

Selepas kejayaan memberangsangkan dengan menawan 12 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri sabrtu lalu, DAP telah dilihat membuat persiapan cukup awal untuk meluaskan cengkaman kuasanya.

Kali ini, sasaran mereka adalah lapan lagi kerusi yang mempunyai pengundi majoriti penduduk pribumi di selatan Sarawak pada pilihan raya negeri yang dijadualkan sebelum 2016.

Kerusi berkenaan adalah di Satok, Tupong, Bengoh, Tarat, Kedup, Opar, Tasik Biru dan Balai Ringgin - semuanya mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau, Iban atau Bidayuh dan sedikit pengundi Cina.

Bagi pilihan raya peringkat parlimen, DAP mahu bertanding di beberapa kerusi tambahan seperti di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman, semuanya juga di selatan Sarawak.

Sebelum ini, secara tradisionalnya, DAP hanya memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.