"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Friday, 29 April 2011

Sampai Dalam Kubur 'Mereka' Akan Ikut Anwar...!!!!

Gambar Hiasan
Ego, sombong, bongkak, riak suka menuding jari kepada orang lain apabila membuat kesilapan. Habis anak bini, rakan seperjuangan Anwar yang hanya berbaki tidak seberapa bersekongkol untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Aku bukannya fanatik sangat kepada Kerajaan tetapi ada juga yang kerajaan buat tidak betul dan perlu diberi teguran tetapi biarlah mengikut saluran yang baik bukan dengan cara memaki hamun, mencerca sehingga boleh mendatangkan kecelaruan umat Islam di negara ini.

Sebagai contoh, bila video seks bahagian ke dua yang dikatakan mirip
Anwar Ibrahim dimuat naik ke dalam laman youtube,Saifuddin Nasution mengatakan ini semua konspirasi jahat UMNO yang turut bersekongkol dengan Polis. Wan Azizah dan anaknya Nurul juga sama mempertahankan anwar habis-habisan.

Apa yang banggangya puak-puak mangkuk ni semua? Tiba-tiba tuduh polis bersekongkol, malah ada juga yang mengatakan lelaki itu adalah Najib. Jauh panggang dari api kalau nak tuduh Najib adalah lelaki dalam video berkenaan.

Bila cepat melatah maknanya apa yang dipaparkan itu adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar.

Tidak ada istilah hebat yang perlu dijolokkan kepada manusia kecuali Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang layak digunakan gelaran itu dan bukannya kepada manusia yang bila mati akhirnya jasad di mamah oleh anai-anai, lalu reput dan menunggu masa untuk di hisab ketika di alam akhirat kelak.

Memang betul kata pujangga, bila kita terlalu banyak mencerca, mencaci, memaki hamun seseorang kelak apa yang kita perkatakan itu akan jatuh kepada diri kita sendiri dan keluarga. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, keluarga dan rakan-rakan pakatan mereka.

"MELUDAH JATUH KE ATAS MUKA SENDIRI"

Renungan bersama...

Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. (Al-Infitar 1 -5)

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, – Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan (Al-Taqwir : 1-13) (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”. (Ali Imran : 106)

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman :33)

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) (As-Syuaara’ : 88-89)

Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Mumtahanah : 3)

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (ke arah kebaikan) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah : 254)

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya; -Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. – Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. (‘Abasa 34-42)

Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri), Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri, Dan isteri serta saudaranya, Dan kaum kerabatnya yang melindunginya, Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi – kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya. (Al-Maarij 10-14)

“Yang paling dekat dengan kita adalah mati kerana ia adalah pasti. Yang paling jauh ialah masa lalu kerana tiada suatu kenderaan pun yang dapat membawa kita ke sana. Yang paling besar di dunia ini ialah hawa nafsu kerana ia dapat membawa kita ke neraka(Imam Al-Ghazali).”

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.