Dipetik daripada Utusan Malaysia..
KUALA LUMPUR 14 April – Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.
"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang. - Bernama
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Friday, 15 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment