KUALA LUMPUR 22 April – Peguambela dan peguamcara, Datuk Mohd Hafarizam Haron menyifatkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebesan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengeluarkan saman terhadap dirinya sebagai satu ugutan politik.
Menurutnya, jawatankuasa berkenaan mengeluarkan saman berkenaan terhadap dirinya kerana dikatakan telah menghantar surat yang menggunakan bahasa tidak senonoh, biadap dan mengugut Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Khim.
“Hari ini merupakan hari bersejarah untuk saya kerana mencipta sejarah dengan menjadi peguam pertama di Malaysia yang disaman oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Hak DUN Selangor.
“Tindakan menyaman saya supaya hadir mengadap jawatankuasa berkenaan adalah satu ugutan politik yang dilakukan untuk menghalang saya daripada menjalankan yugas sebagai peguambela dan pegguamcara kepada anak guam saya, Adun Pelabuhan Kelang, YB Badrul Hisham,” katanya.
Beliau berkata demikian di sidang akhbar berhubung saman yang diterima supaya menghadiri soal siasat oleh jawatankuasa berkenaan berhubung surat yang dihantar kepada firma guaman Tommy Thomas.
Surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Badrul Hisham yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu kerana keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah
Hafarizam berkata, beliau tidak akan hadir pada soal siasat yang dijalankan oleh jawatankuasa berkenaan, manakala Badrul yang turut dipanggil akan hadir kerana beliau seorang Adun Selangor.
“Saya akan menunggu keputusan yang akan diambil terhadap diri saya oleh jawatankuasa, sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk mengambil tindakan undang-uundang untuk menjaga kepentingan dan hak saya,” katanya.
Beliau menggesa Majlis Peguam mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku kepada dirinya kerana kes sebegini adalah pertama kali berlaku dalam profession perguaman di negara ini. -MediaUMNIO
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Saturday, 23 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment