"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Saturday, 30 April 2011

Lafaz Sumpah Datuk Eskay : PKR Begitu Gusar dan Mula Terasa 'Laknat' Allah..!

Alhamdulillah sudah terlaksana satu titik pengakuan yang tidak berbelah bagi dibuat oleh Datuk Eskay dengan melafazkannya di hadapan Al Quran bertemankan saksi-saksi umat Islam di masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur siang tadi.

Walaupun wujud suasana yang sedikit tegang pada awalnya bagi menggangu kelancaran majlis berkenaan, namun ianya tetap berjalan dengan lancar dengan izin dan inayah Allah SWT. Maka terjawablah sudah kemusykilan yang timbul selama ini berkenaan ‘siapakah 2 orang lelaki dalam video klip yang dikatakan mirip Anwar’.

Tindakan berani Datuk Eskay untuk membuat sumpah laknat perlu dilihat dari pelbagai sudut. Pertama, kesanggupan beliau memperjudikan dirinya untuk menegakkan kebenaran yang sering ‘ditimbus’ oleh koloni-koloni Pakatan Anwar tentang perilaku sebenar seorang pemimpin politik di negara ini yang dijulang begitu tinggi akhlaknya.


Kedua, tanggungjawab mempertahankan kesucian agama Islam yang diletakkan di tahap yang paling tinggi di negara ini sedangkan dalam masa yang sama wujud satu ‘pakatan yang berpaksikan dunia barat’ untuk menidakkan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan ‘dikepalai’ oleh seorang insan berbangsa Melayu beragama Islam bernama Anwar Ibrahim.

Allah telah berfirman yang bermaksud :-

"Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (QS. Az-Zumar: 2-3).

Ketiga, menyelamatkan bangsa Melayu beragama Islam di negara ini daripada terus terpesong dengan dakyah sumbang yang dicanang oleh Anwar Ibrahim. Saya masih ingat sewatu Anwar Ibrahim dipecat daripada Kerajaan pada tahun 1998, satu gelombang besar belaku dalam sejarah politik tanahair ketika itu. Maka bermulalah ‘era reformasi’ iaitu kebangkitan rakyat secara besar-besaran untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka beranggapan tindakan Tun Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada kerajaan ketika itu, satu bentuk kezaliman dan berbentuk ‘autokrasi’ lalu tercetuslah demonstrasi-demonstrasi jalanan di ceruk-ceruk bandaraya di Kuala Lumpur.


Allah telah berfirman yang bermaksud :-

"Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama." (QS. Az-Zumar: 2-3).

Malah, individu, kumpulan badan-badan NGO’s, parti pembangkang khususnya DAP dan PAS serta mahasiswa-mahasiswa daripada IPTA mahupun IPTS, telah mengambil kata sepakat bergabung tenaga melakukan ceramah ‘roadshow’ di seluruh negara bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim. Laungan REFORMASI..! REFORMASI.! REFORMASI..! tidak lekang dari mulut pengikut setia Anwar Ibrahim ketika itu.


Suasana ini tidak terhenti di situ, malah sehingga Anwar di ‘tidurkan’ dipenjara sekalipun suara ini tetap berkumandang melaungkan kata-kata keramat reformasi. Betapa kuatnya ‘aura’ Anwar Ibrahim sehingga meresapi pemikiran normal para pendokong-pendokong yang begitu taksub ‘memuja’ malah sanggup berkorban apa saja asalkan Kerajaan yang dipimpin oleh BN tumbang di bumi Malaysia.

Berbalik kepada majlis sumpah laknat, yang pastinya masih kedengaran suara-suara sumbang dari kalangan penyokong fanatik pembangkang yang memperlekehkan majlis ini dengan alasan-alasan yang tiada kesudahannya.

Ada yang mengatakan bahawa Datuk Eskay tidak layak bersumpah kerana dirinya bukan 100% bersih atau berakhlak. Ada juga yang mempersoalkan kenapa tidak dibuat laporan kepada Jabatan Agama Islam sekiranya pelakon itu tulen Anwar Ibrahim atas dakwaan berkelakuan sumbang malah ada juga suara sumbang mengatakan ini semua telah dirancang awal oleh Datuk Eskay untuk melakukan kerja jahat supaya Anwar lupus dalam kancah politik Malaysia.

Kiranya benar video ini adalah satu perangkap yang dirancang oleh Datuk Eskay, kenapa pelakonnya adalah ‘Anwar Ibrahim’ kenapa Anwar? kenapa Anwar? yang merupakan pemimpin politik yang akan di nobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. Kenapa pelakon di dalam video klip berkenaan bukan rakyat biasa ataupun mana-mana individu yang tidak ada kaitan dengan politik ?

Allah telah berfirman yang bermaksud :-

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (QS. Al-An'aam: 162-163).

Ringkasnya, rakyat di negara ini boleh dikatakan setiap hari didedahkan dengan berita-berita khalwat samada melibatkan remaja mahupun yang sudah berumahtangga. Pun begitu, ianya tidak akan disensasikan oleh rakyat ataupun media melainkan mereka yang terlibat adalah pemimpin politik, kakitangan kerajaan terutama yang berjawatan tinggi. Tambahan pula kalau kes mereka dikaitkan dengan seorang wanita berstatus pelacur.

Tidak kira apapun persepsi pembangkang khususnya PAS yang dilihat masih belum berganjak untuk menerima kenyataan dan kebenaran yang telah dizahirkan oleh Allah SWT tentang watak sebenar Anwar Ibrahim, rakyat yang tidak berpihak dan generasi muda cerdik pandai yang dulunya menjadi tulang belakang PKR kebanyakan sudah kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah kerana belum terlewat untuk mereka memperbetulkan kesilapan lalu demi mendaulatkan agama Islam yang suci di negara ini supaya tidak di ganggu gugat oleh anasir-anasir jahat chauvinist yang didalangi DAP.

Syabas dan tahniah kepada Datuk Eskay yang berani melakukan sumpah laknat demi masa depan politik Melayu di negara ini berbanding dengan PAS yang masih belum bersedia menerima hakikat dan ketentuan Allah SWT tentang apa yang berlaku. Mudah-mudahan satu hari nanti, terbuka hijab untuk PAS mengakui kesilapan mereka yang masih bersekongkol dengan pemimpin ‘anugerah Tuhan’ bernama Anwar Ibrahim.

Justeru itu, saya bersama-sama rakyat Malaysia yang lain akan terus berdoa agar Allah SWT akan menzahirkan kebenaran satu persatu ekoran daripada sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay. Terpulang kepada mereka yang masih berdegil mempertahankan Anwar kerana hati mereka belum terbuka untuk menerima kenyataan.

“The truth will reveal itself in due time. By then, Anwar Ibrahim can no longer hide from the truth. Anwar should just own up to his mistakes. Other politicians such as ... had owned up to their mistakes and the society has forgiven them fo their past indiscretions. Life went on for those politicians.
However Anwar is really reluctant to confess to his sins because it would mean he has to relinquish power in his political party.


This man’s greed knows no bounds. He is indeed ruthless and this is a frightening reality that people have begun to realise. This sex video is only the beginning. His alleged indiscretion with Saiful Bukhari is only waiting to be exposed to the public. The public is tired with all the lies that he has spread. It is high time that the truth be revealed and justice be served.

Why can’t Anwar just admit to his mistakes? The people are damn tired of all the lies and propaganda. It is sickening to know that a man that is old enough to be a grandfather is still not conscious of his actions towards religion and his family. His sexual exploits just sickens me to the core. It must be viagra, what else?”

Ini video rakaman sumpah yang dilakukan oleh Datuk Eskay.....




@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.