"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 21 April 2011

Ladang Rakyat di Jeli Kelantan dipenuhi 'Najis-Najis Babi'

Setelah bertahun-tahun kerajaan Pas Kelantan meneroka tanah di Hulu Kelantan di bawah program Ladang Rakyat, namun tiada sebarang perkembangan diketahui oleh umum mengenai projek itu. Hal ini berlaku di ladang rakyat di Jeli yang bersempadan dengan Negeri Perak di tepi lebuh raya timur barat.


Sehingga kini belum ada penafian mahupun penjelasan mengenai pemberian tanah kepada syarikat terdiri golongan bukan bumiputera dan kepada pemimpin sekutu PKR. Yang sedihnya ladang ini kelihatan agak terbiar tanpa diselenggara dengan baik yang sekarang ini dipenuhi dengan semak samun penuh dengan 'najis-najis babi'.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendesak Kerajaan Pas Kelantan perlu memberi penjelasan mengenai program Ladang Rakyat kerana ramai yang masih belum mengetahui konsep program itu, Beliau berkata jika kerajaan negeri tidak berbuat demikian, mereka seolah-olah cuba menipu rakyat negeri ini kerana gagal menyediakan butiran terperinci mengenai program ladang tersebut.

"Mana hitam putih program Ladang Rakyat itu. Apa konsep dia...sampai sekarang tidak terjawab. Saya minta (kerajaan negeri) buat buku untuk menjelaskannya. "Rakyat mahu tahu siapa yang usahakan (ladang Rakyat) dan mengikut model apakah program ini," katanya.


Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sehingga sekarang pimpinan kerajaan negeri gagal untuk mendedahkan perincian program itu menyebabkan rakyat menjadi marah.

Beliau berkata selain itu rakyat juga sudah tidak yakin dengan Pas terutama isu Bazar Tok Guru yang juga mencetuskan isu di kalangan peniaga yang dipindahkan kerana merasa ditipu dan dianiaya.

Sementara itu, masalah berkaitan penyediaan air bersih kepada rakyat Kelantan sehingga kini masih belum selesai. Memang tak masuk akal, sebab kerajaan PAS Negeri selama ini mennyifatkan mereka sudah berjaya memberi kemudahan terbaik kepada rakyat negeri itu. Air yang disediakan masih tidak bersih kerana tidak diselenggara dengan baik.

Amat malang bagi rakyat Kelantan apabila memikirkan hal ini. Justeru itu, PAS jangan asyik nak babitkan kerajaan pusat dalam masalah kroni kerana mereka lebih kroni daripada kerajaan.

Untuk makluman, ladang rakyat yang bersempadan di Negeri Perak di Jeli majoritinya dimiliki penama dari luar kawasan dan kesemua mereka mempunyai kaitan dengan pimpinan PAS negeri....Tidak lain dan tidak bukan semuanya kerana wang....

@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.