Rakyat semakin hari semakin 'loya' dengan isu video klip seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaian. Ekoran itu, timbul bermacam-macam andaian samada positif mahupun negatif. Jika yang pro kepada kerajaan sudah semestinya menghentam Anwar habis-habisan manakala pihak pembangkang pula sudah tentu akan mempertahankan Anwar walaupun terpaksa menelan kepahitan.
Rakyat biasa yang mengikuti perkembangan kes ini akan berada di tengah-tengah dan semakin keliru dengan andaian-andaian yang dibuat oleh mana-mana media berkenaan isu ini. Justeru, pihak berkuasa seperti polis seharusnya mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan yang proaktif bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif ke atas jabatan berkenaan.
Rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, rata-rata beranggapan kerajaan perlu menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video berkenaan bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada semua pihak khususnya yang tertuduh.
Berhubung kenyataan saudara YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang menyarankan agar siasatan video seks berkenaan disiasat mengikut kaedah Qazaf didapati bercanggah dengan kenyataan Mufti Negeri Kelantan. Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyarankan agar disegerakan penubuhan Siasatan Diraja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kerana isu ini semakin hari mengelirukan rakyat.
Manakala YB Salahuddin Ayub pula menyarankan agar penyiasatan dilakukan mengikut kaedah Qazaf iaitu dengan mengemukan 4 orang saksi (memenuhi syarat) bagi membuktikan pesalah itu adalah Anwar Ibrahim seperti yang didakwa.
Salahuddin berkata, " Berpandukan ajaran Islam, menghukum seseorang itu tanpa memanggil saksi untuk kes perbicaraan yang adil adalah perbuatan salah walaupun melibatkan pihak atasan".
"Ulamak juga mengatakan ia adalah sesuatu prinsip yang tegas dan terpakai demi menjaga maruah seseorang (tertuduh) bukan dengan cara menayangkan video seks tersebut kepada umum kononnya sebagai bukti "..
Mengulas isu yang sama, Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad menyatakan ia terpulang kepada mahkamah yang mengamalkan hukum takzir, " Kalau kita tuduh sesiapa, tuduhan mesti dibuktikan kerana ianya sebagai kewajipan orang yang menuduh. " Ini termasuklah menerusi rakaman video atau gambar, diterima atau tidak terpulang kepada mahkamah, sama seperti mahkamah sivil yang menerima DNA atau bukti lain seperti kain tuala dan sebagainya".
Tambahnya, " Undang-undang mahkamah negara kita tidak berlandaskan hudud yang memerlukan 4 saksi kerana yang ada hanyalah hukum takzir yang mana tahapnya tidak sekuat hukum hudud"..
Kesimpulannya mudah, penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah perlu dan kerajaan mesti menubuhkan dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan rakyat di negara ini. Usaha pihak PKR yang mendesak kaedah siasatan mesti dilakukan melalui kaedah Qazaf dilihat satu strategi untuk menidakkan 'kebenaran' kerana kaedah berkenaan dilihat tidak relevan untuk dikuatkuasakan di zaman ini.
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Monday, 25 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment