KEBAKARAN PONDOK DARULNAIM KOTA BHARU
PADA 17 APRIL 2011
Sebanyak tujuh unit rumah Pondok Darul Naim, Padang Halban, di sini, hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 4.50 petang kelmarin.
Pondok Darulnaim yang terbakar semalam |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, kira-kira RM70,000 kerugian ditanggung penghuni termasuk perabot dan barangan elektrik.
“Pihak kami menerima panggilan dari Bilik Kawalan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu kira-kira jam 5.29 petang dan menghantar sebuah jentera bomba dan tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.
“Seramai 20 anggota bomba terlibat dan sebaik sampai di tempat kejadian, kami dapati hampir 80 peratus rumah sudah terbakar dan hanya tinggal sedikit sahaja api yang belum dipadamkan,” katanya semasa ditemui di Pondok Darul Naim, Padang Halban, Melor, di sini.
Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak bomba mengesyaki ia mungkin berpunca daripada litar pintas dari rumah paling hujung.
“Semasa siasatan, kami dapati unit rumah paling hujung yang dikatakan memulakan cetusan api mengalami litar pintas dari penggunaan elektrik, namun ketika kejadian, semua penghuninya tiada (keluar bekerja),” katanya.
Menurutnya, dengan pertolongan penghuni di situ, punca air untuk kegunaan bomba mudah didapati, selain pelajar pondok turut membantu mangsa menyelamatkan barang-barang mereka.
Beliau menasihatkan orang ramai termasuk penghuni pondok mengambil langkah berjaga-jaga terutama semasa menggunakan barangan elektrik dan tidak membiarkan ia dipasang apabila meninggalkan rumah.
“Bagi suri rumah, mereka dinasihatkan berhati-hati semasa memasak dapur menggunakan dapur gas bagi memastikan keselamatan terjamin tambahan penghuni pondok tinggal dalam jarak dekat (lapan kaki) sahaja,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kompleks Madrasah Darul Naim (Pondok), Mohd Aziz Che Man berkata, sudah dua kali penghuni mengalami kebakaran dan kebakaran pertama berlaku pada 2005 lalu sejak unit rumah itu dibina sejak 1995.
“Seramai 20 ahli keluarga daripada tujuh unit rumah terselamat dalam kejadian kebakaran ini dan terdapat 200 unit rumah yang ada di pondok di ini dengan 122 daripadanya mempunyai penghuni,” katanya.
Beliau yang juga guru pondok berkata, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan Ketereh, unit rumah lain yang berdekat berjaya diselamatkan.
“Selepas ini, pihak pondok akan bekerjasama dengan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan penghuni didedahkan dengan keselamatan,” katanya.
KEBAKARAN PONDOK LUBUK TAPAH
PASIR MAS PADA 23 JAN 2010
Pondok ini merupakan pusat pengajian agama tradisional yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan pada tahun 1931. Pondok ini kemudiannya dipimpin oleh al-'Allamah Tuan Guru Hj Abdullah (Tok Guru Hj Lah). Setelah kewafatan beliau, pondok ini terus dipimpin oleh Tuan Guru Hj Hussin Bin Ibrahim dan Dr. Lokman bin Tuan Guru Hj Abdullah.
Pondok Lubuk Tapah yang terbakar 29 Jan 2010 |
Bangunan asrama Pondok Lubuk Hangus dijilat api |
No comments:
Post a Comment