"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 12 April 2011

Gara-Gara Bomoh, YB Titi Serong Mungkin Digantung Hadir Sidang DUN..!

Pada hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, AJ dimaklumkan bahawa seorang daripada Wakil Rakyat PAS akan digantung menghadiri Sidang DUN iaitu Khalil Idham Lim yang mewakili DUN Titi Serong atas kesalahan tidak hadir untuk memberi keterangan dalam sessi soal jawab kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasn Dewan pada 25 Feb 2011 jam 10.30 di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak, aras 2, Bangunan SUK, Ipoh.

Speaker DUN Perak

Sebelum itu, ADUN ini telah diberi surat rasmi daripada Setiausaha DUN Perak PADA 7 Feb 2011 yang lalu tetapi enggan hadir atas alasan yang tidak munasabah dan langsung tidak masuk akal. Antara alasan tidak masuk akal dan kebudak-budakan yang diberikan oleh ADUN ini ialah melabelkan Dewan Undangan Negeri Perak telah dimasuki 'BOMOH' dan sehingga hari ini masih mempertahankan kenyataan beliau dan engkar untuk hadir memberi penjelasan kepada Speaker DUN.

Khalil Idham Lim

AJ ingatkan pemimpin-pemimpin PAS hari ini tidak percaya kepada bomoh, tetapi ternyata andaian itu meleset kerana yang jelas Wakil Rakyat mereka sendiri yang 'menyebut' perkataan berkenaan dan menuduh Sidang DUN Negeri yang mulia telah dimasuki bomoh.

"TUDUH UMNO PERCAYA BENDA KHURAFAT TETAPI MEREKA LEBIH KHURAFAT"

@AJ@



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.