"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 14 April 2011

DAP : Pakar Muslihat Mempergunakan Rakyat..!

Rakyat Sarawak perlu sedar betapa bahayanya jika negeri itu diperintah oleh Parti DAP ( baca sini ) dalam pilihanraya kali ini yang mana BN begitu hebat diasak dengan kenyataan berputar belit oleh parti itu khususnya di kerusi kawasan bandar dalam sessi ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

AJ cuma ingin berkongsi beberapa artikel yang menarik menceritakan bagaimana strategi licik yang tersembunyi Parti DAP yang memperguna dan memperkudakan Parti PAS dalam usaha mereka untuk menarik pengundi Melayu supaya memberi sokongan kepada calon DAP.

Keputusan ditangan rakyat Sarawak dan sekiranya mereka tidak mahu menjadi seperti rakyat di Pulau Pinang dan menjadi adik bongsu kepada Negeri Kelantan, seharusnya berfikir panjang sebelum membuat keputusan. AJ berpendapat 'mood' hadirin ketika Pakatan Rakyat menganjurkan yang ramai tidak mencerminkan 100% menyokong parti pembangkang.

Malah dakwaan pembangkang bahawa 19 kerusi dijangka berjaya dirampas manakala selebihnya dalam situasi 50-50 adalah satu propaganda media mereka untuk menggambarkan mood hadirin sudah mula memihak kepada pembangkang. Ini jelas membuktikan sikap pembangkang yang terlampau sombong dan megah yang hanya bersandarkan kepada jumlah kehadiran di tempat-tempat ceramah.

Mereka perlu ingat, kuasa penentu bukan berdasarkan faktor berikut tetapi ianya bergantung kepada tangan-tangan rakyat Sarawak yang berdaftar dan layak mengundi pada 16 Apr 2011. Dalam masa yang sama, tidak semua yang hadir menggambarkan rakyat tempatan kerana bercampur dengan ribuan pengujung dari tanah semenanjung yang berkampung di Sarawak bagi membantu jentera kempen parti masing-masing.

Renungkanlah beberapa artikel yang ingin dikongsi oleh AJ kepada semua pembaca khususnya pengundi yang berada di Sarawak....:-
































No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.