Beberapa anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’S) Negeri Selangor mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Parti PKR.
Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam SPRM Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian TBH semalam.
Pengerusi Gabungan Anti penyelewengan Selangor, Hamidzun Kamaruddin mahu perkara tersebut disiasat kerana TBH dikatakan ‘memegang rahsia’ mengenai projek yang berkaitan dengan parti PKR Selangor.
“Berikutan itu TBH mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang aktiviti haram dan penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.
Katanya lagi, TBH menjadi mangsa keadaan kepada beberapa dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh ‘Pemimpin DAP’.
TBH dikatakan berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya iaitu ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Dakwaan ini serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana kes kematian TBH sengaja ‘dipolitikkan’ oleh pembangkang seolah-olah TBH menjadi mangsa sedangkan dalang disebalik isu ini adalah PKR dan DAP.
No comments:
Post a Comment