"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 19 April 2011

DAP 'Pentingkan Diri" kata Nik Aziz..!

Dato Nik Aziz meluahkan kepada penyokongnya bahawa DAP 'lupa diri' apabila menang banyak kerusi di Sarawak dan langsung tidak mempedulikan PAS ketika meraikan kemenangan itu.

Realtitinya PAS sebenarnya tahu bahawa DAP telah memperkudakannya untuk kepentingan parti mereka (DAP) manakala PAS pula boleh dianggap 'kurang berakal' apabila menaruh kepercayaan kepada DAP.

Tambahnya,DAP langsung tidak mempedulikan jentera kempen PAS bagi membantu kemenangan calon mereka (PAS) di lima kerusi yang menyebabkan parti itu pulang ke semenanjung dengan tangan kosong.
Inilah akibat daripada keangkuhan PAS yang selama ini mempercayai DAP yang sudah sedia maklum menggunakan PAS untuk menarik pengundi bumiputera atau Melayu supaya menyokong calon DAP. Setelah menang, kejayaan langsung tidak dikongsi bersama PAS malah lebih mengutamakan parti PKR katanya".

"DENDAM KESUMAT AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI"

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.