Sekiranya Datuk T berani mengadakan ‘sumpah laknat’ di depan kaabah mengatakan Anwar adalah pelakon seks dalam video klip yang menjadi isu hangat di negara ini, apakah pula pendirian Anwar berhubung pekara ini? Bagi AJ, Anwar tidak akan melakukan sedemikan kerana sebelum ini pun dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari, Anwar enggan berbuat demikian.
Begitu juga dalam kes tuduhan mengaitkan DS Najib berhubung kematian Al Tantunya. Ketika itu DS Najib berani berumpah di dalam masjid menafikan pembabitannya dan mencabar Anwar melakukan perkara yang sama tetapi, langsung tidak berbuat demikian.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk T seperti berikut…
“ Kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi juga bersedia melakukan ‘sumpah laknat’ di mana saja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin , kami dipihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar “ (Kenyataan Datuk Eskay )
“Jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana yang dituntut dalam agama”
(Kenyataan TS Rahim Tamby Chik )
“Pejuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbandung kebimbangan dikenakan oleh mahkamah” (Kenyataan Datuk Shuib Lazim )
Bagi pembangkang khususnya yang beragama Islam dari kalangan pendokong PKR dan PAS persepsi mereka berhubung kenyataan ini mungin mudah iaitu, kenapa kita (Anwar) perlu mengadakan sumpah laknat sedangkan ketiga-tiga Trio berkenaan sebelum ini pernah terlibat dengan masalah moral. Itulah alasan yang akan didengar nanti oleh pembangkang.
Mereka tidak boleh menerima sekiranya apa yang dicadangkan itu tidak menyebelahi mereka (pembangkang) sebaliknya tetap mempertahankan ‘Ketua Penyamun’ mereka dengan alasan ini semua konspirasi jahat yang didalangi oleh UMNO dan kerajaan.
Yang jelas, kita semua ternanti-nanti ketiga-tiga Datuk T akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar bahan lucah mengikut sek.292 Kanun Keseksaan. Kita akan melihat saksi-saksi pihak pendakwaan dan pembelaan ketika prosiding berjalan. Bahkan, ‘yang tersembunyi’ dicelah kain sekalipun akan didedahkan bila di mahkamah termasuk ‘mengenalpasti siapa pelakon seks lelaki’ dalam video berkenaan.
Nak tak nak, siapa yang terlibat tidak boleh lari dan saya masih berpegang kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani bahawa ..
“POLIS TELAH MENGENAL PASTI LELAKI DALAM VIDEO KLIP BERKENAAN,”
Ketika itu, video yang menjadi topik hangat media berita di Negara kita akan terdedah dan bagi mendapatkan kepastian dan memberi penjelasan kepada Hakim serta juri-juri, ‘ VIDEO BERKENAAN AKAN DITAYANGKAN DI MAHKAMAH”..
“Allah akan sentiasa berpihak kepada yang benar, dan benci kepada hambanya yang fasik dan munafik, iaitu menggunakan agama sebagai platform mendapat kuasa, dan mempertahankan sesuatu perkara yang mungkar demi sesuatu matlamat”…………………
@AJ@
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."
Wednesday, 20 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment