"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Tuesday, 26 April 2011

Apa Hal ni 'Tok Guru Nik Aziz'

KOTA BHARU-Peniaga di Pasar Besar Lama MPKB semalam bimbang berkemungkinan mereka terpaksa menutup kedai disebabkan masalah tunggakan bil elektrik dan air.

Belum reda dengan masalah perpindahan ke Bazar Tok Guru kumpulan peniaga kini dihimpit dengan jumlah tunggakan bil yang tinggi dipercayai berlaku unsur sabotaj pihak tertentu supaya mereka tidak berniaga di situ lagi.

Timbalan Setiausaha Persatuan Pasar Besar Lama MPKB, Mazlan Mat Yassin berkata, kerisauan berkenaan semakin dirasai berikutan jumlah tunggakan bil elektrik terkini melebihi RM33,000.

Menurutnya, jumlah bayaran bil bekalan air pula yang masih belum dijelaskan ialah RM3,226.25 sejak beberapa bulan lalu.

“Kami merasakan ada pihak yang ingin sabotaj urus niaga kami di sini supaya segera berpindah ataupun tidak dapat lagi berniaga di sini.

“Kami terkejut kerana setelah membuat semakan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terdapat tunggakan bil sebenar berjumlah RM46,186.10 dan bil air pula melebihi RM12,000,” katanya semalam ketika ditemui di sini.

Ekoran masalah tersebut kira-kira 15 peniaga terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira jam 1 petang semalam.

Mazlan berkata, sebelum ini semua peniaga menyerahkan wang pembayaran kepada sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menjelaskan bil elektrik dan air serta sewa bangunan.

“Bagaimanapun kami merasa tertipu dan tertekan malah teraniaya kerana semua bayaran pada setiap bulan sudah diserahkan kepada syarikat tersebut tetapi mereka tidak menjelaskan sepenuhnya.

“Setelah dimaklumkan kepada pihak tersebut, mereka (syarikat) hanya membuat sebahagian daripada pembayaran tetapi masih gagal membayar dengan sepenuhnya kepada TNB dan Air Kelantan Sdn Berhad,” katanya.

Sementara itu, Pengurus TNB Kawasan Kota Bharu, Zainal Abidin ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pihaknya masih belum menghantar notis kepada penama akaun berhubung tunggakan tersebut. (Sinar Harian)

Apa hal ni tok guru masalah kecik pun tokleh nak settle..!

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.