"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday, 21 April 2011

Anwar Perlu ' Sumpah Mubahalah' kata Dr Asri...

KUALA LUMPUR 20 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan 'sumpah mubahalah' (sumpah laknat) dihadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio 'Datuk T' ke atasnya berhubung rakaman video seks yang didedahkan baru-baru ini.


Bekas Mufti Negeri Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan Perdana Menteri, DS Najib semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan Al Tantunya Shariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu.

"Anwar hanya perlu lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti DS Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya. Katanya ketika ditanya oleh wartawan Utusan Malaysia di pejabat Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.