"Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini."

Thursday 31 March 2011

Cico Pula Berminat Untuk Menyertai PAS?

Salam..

Kalau saudara nak tau dengar cerita ada seorang lagi artis yang sedang berjinak jinak untuk mengikut jejak langkah Ustaz BOB LOKMAN menyertai pasti hamPAS. Siapa lagi kalau bukan CICO iaitu seorang pelakon drama dan filem yang merupakan anak kepada seniwati Uji Rashid.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan lagi kerana diberitakan semasa selesai solat maghrib di salah sebuah masjid di masjid al azim , Pandah pada 30 Mac 2011 mereka berdua kelihatan mesra di mana CICO ketika itu mengenakan pakaian yang boleh dianggap sebagao seorang ustaz.


Ketika itu, diperhatikan Ustaz BOB MALEY dengan CICO diperhatikan mesra berbual disamping beberapa jemaah lain yang dipercayai semua penyokong penyokong parti PAS.

Bagi AJ tak  kira siapa dia artis yang penting kenapa pilih PAS??adakah PAS sebuah parti yang boleh membawa kita ke syurga??Atau sekadar untuk melepaskan geram kepada mana mana pihak disebabkan publisiti yang semakin merosot dan kurang mendapat permintaan daripada mana mana penerbit filem mahupun drama..

AJ pernah berkesempatan melihat sendiri penampilan baru BOB setelah menyertai parti PAS dan dikhabarkan ustaz kita ni paling mendapat sambutan berbanding penceramah lain yang sudah lama berkecimpung dalam PAS.

Memang nyata berbeza penampilannya, kerana sekarang ini asyik memakai jubah kebanyakannya warna gelab, bertongkat, berjanggunt, berserban, dan cara pemakaian ustaz BOB ini memang tak ubah pemakaian Nabi junjungan besar kita MUHAMMAD SAW.

Tetapi adakah perubahan ini seiring dengan kehendak hati BOB takut takut nanti mempersendakan pemakaian Nabi MUHAMMAD kerana semata-mata ingin menunjukkan dirinya kepada masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti yang boleh diharap untuk mengubah cara hidup artis.

Hmm tepuk dada tanya diri sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.

Wassalam..

@AJ@

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 by Sisa Dunia. All rights reserved.